ANGGOTA bomba membuka pintu rumah mangsa selepas menerima panggilan mengenai keadaannya. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba membuka pintu rumah mangsa selepas menerima panggilan mengenai keadaannya. FOTO Ihsan JBPM.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Kematian lelaki warga emas yang mayatnya ditemui dalam bilik air sebuah rumah di Taman Sri Damai, Batu Lanchang di sini, semalam tidak berunsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Mangsa adalah warga tempatan yang berusia 75 tahun dan menghidap pelbagai jenis penyakit. Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi," katanya hari ini.

Terdahulu, pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan untuk bantuan khas mengeluarkan mangsa pada 9.42 pagi.

Ketua Operasi Mahazi Malik berkata, pasukan seramai tujuh anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah mangsa yang berkunci.

"Mangsa ditemukan dalam bilik air dan mayatnya kemudian diserah kepada polis," katanya yang memberitahu operasi itu tamat pada 10.59 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 12:46 PM