ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang memindahkan mangsa banjir ke PPS yang dibuka di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah. FOTO Ihsan APM.
Zuliaty Zulkiffli


Pendang: Seramai 139 mangsa banjir daripada 35 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di sini, setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, jumlah itu meningkat 13 orang berbanding 126 orang daripada 32 keluarga, semalam.

Katanya, semua penduduk daripada 10 kampung yang terjejas, manakala paras Sungai Pendang berada pada 2.87 meter dan berisiko mengalami limpahan sekiranya hujan lebat.

Sebelum ini hujan lebat lebih dua jam Khamis lalu menyebabkan sungai berkenaan melimpah dan menjejaskan lima mukim iaitu Ayer Puteh, Padang Peliang, Guar Kepayang, Mukim Padang Pusing dan Mukim Bukit Raya.

"Kami masih lagi melakukan pemantauan di kawasan banjir bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 11:02 AM