AHMAD Faizal ketika program Fun Ride sempena Peja Trophy 2021. FOTO Balqis Jazimah Zahari
AHMAD Faizal ketika program Fun Ride sempena Peja Trophy 2021. FOTO Balqis Jazimah Zahari
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta setiap pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang Covid-19.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 20 individu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) positif Covid-19.

"Apa yang berlaku jangkitan kepada pasukan Negeri Sembilan, saya sudahpun berhubung dengan pihak MFL dan berkata kepada mereka tentang perlunya mengikut SOP jika ada jangkitan kepada pemain.

"Tentunya ada prosedur ketat, maka mereka perlulah mengikut prosedur dan dalam masa yang sama saya arahkan agar kemeriahan pertandingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung akan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan hadir program Senamrobik Perdana dan melepaskan peserta Fun Ride sempena Peja Trophy 2021 di Padang Lintau, Manjoi di sini, hari ini.

Tambah beliau, semua pihak perlu ambil iktibar apa yang berlaku dengan perketatkan lagi SOP.

"Kerajaan telah pun menyiapkan SOP yang begitu ketat, namun yang akhirnya yang paling penting SOP kendiri. Setiap kita mesti faham apa yang boleh apa dan yang tidak boleh dilakukan.

"Ini kerana, jika kita terjangkit ianya boleh menjangkiti ramai lagi orang terdekat dan tersayang serta ini akan merencatkan lagi usaha kita untuk kita buka semula dari sektor ekonomi sukan dan sebagainya," katanya.

NSFC mencatatkan rekod pemain paling ramai dijangkiti Covid-19 sekali gus menyebabkan pasukan terbabit tidak dapat beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia.

Sebelum ini, media turut melaporkan MFL terpaksa menunda beberapa perlawanan Liga Super apabila terdapat pemain disahkan dijangkiti Covid-19 berkenaan.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 12:10 PM