SULTAN Ibrahim Iskandar, berkenan meluangkan masa meninjau perkembangan pembangunan kompleks Terminal Feri Desaru Coast di sini, hari ini. FOTO ihsan RPO
SULTAN Ibrahim Iskandar, berkenan meluangkan masa meninjau perkembangan pembangunan kompleks Terminal Feri Desaru Coast di sini, hari ini. FOTO ihsan RPO
Mohamed Farid Noh


Kota Tinggi: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan meluangkan masa meninjau perkembangan pembangunan kompleks Terminal Feri Desaru Coast di sini, hari ini.

Terminal berkenaan bakal menjadi pintu masuk antarabangsa ke-16 di negara ini, turut dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

Pada lawatan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd Roslina Arbak turut memberikan taklimat perkembangan pembangunan kompleks berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Terminal feri itu akan menghubungkan antara Johor dengan Singapura dan Indonesia.

Pada 16 Ogos tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Perdana Menteri, meninjau pembinaan projek terminal feri berkenaan yang sedang giat dijalankan.

Pembinaan Terminal Feri Desaru Coast yang terletak kira-kira enam kilometer dari Bandar Penawar itu, dilaporkan siap pada Jun lalu.

Ia sebahagian projek pembangunan bersepadu, Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) yang dibangunkan dengan kos RM4.5 bilion.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 6:12 PM