IGN Southeast Asia merupakan salah satu jenama media terkemuka di dunia. - FOTO Hiasan
IGN Southeast Asia merupakan salah satu jenama media terkemuka di dunia. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

BERITA baik buat peminat permainan video dan hiburan di Malaysia, anda kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini melalui sub-edisi IGN Southeast Asia.

IGN Southeast Asia merupakan salah satu jenama media terkemuka di dunia untuk permainan, wayang, hiburan dan budaya peminat, yang mencapai lebih 288 juta penonton global dari pelbagai platform. 

Ketua Editor IGN Southeast Asia dan Ketua Rangkaian Permainan, REV Media Group, Adrian Lai berkata menjadikan platform ini ke arah lokal adalah langkah penting dalam evolusi serantau IGN. 

"Edisi Bahasa Malaysia terbaru ini akan membawa kami lebih jauh ke dalam salah satu pasaran permainan terbesar di Asia Tenggara iaitu pasaran Melayu, bernilai AS$100 juta pada tahun 2018.

"Industri permainan di Malaysia sedang berkembang pesat dengan permainan yang dibangunkan secara tempatan di pelbagai platform. 

Image

IGN Southeast Asia berfungsi memberi pencerahan dan galakan penuh kepada permainan terbaik yang berasal dari bakat Malaysia sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Naib Presiden, Global Partners di  Ziff Davis, Adam Doree, berkata beliau berasa bangga dapat memperluas kerjasama dengan REV Media Group di Asia Tenggara. 

"Rantau ini telah menjadi titik fokus global bagi syarikat-syarikat hiburan dan permainan yang sedang berkembang. 

Tambahnya, selain melihat kepada IGN SEA yang kini berada pada posisi yang lebih baik untuk berkhidmat memenuhi keperluan pelanggan tersebut sebagai destinasi utama untuk peminat.

IGN kini tersedia dalam 30 edisi antarabangsa, 20 bahasa dan 110 negara, mewakili peluang unik untuk rakan jenama dengan menawarkan kedua-dua skala yang bertepatan dengan tempatan dan setiap pasaran utama di seluruh dunia.

Para peminat kini boleh mengakses maklumat eksklusif terkini, pratonton, temu bual, trailers,  ulasan dan banyak lagi kandungan menarik di IGN Southeast Asia dalam Bahasa Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 3:05 PM