Mahu tampil kelihatan cantik, Soraya sanggup menggunakan amalan susuk terlarang. - FOTO Hiasan
Mahu tampil kelihatan cantik, Soraya sanggup menggunakan amalan susuk terlarang. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

KERANA mahu tampil kelihatan cantik, wanita bernama Soraya sanggup menggunakan amalan susuk terlarang untuk terkenal. 

Soraya adalah seorang jururawat pelatih muda yang mula merasa tidak puas dengan kehidupannya. 

Keinginan yang mendalam untuk menceburi dunia glamor dan menjadi bintang seakan menjadi realiti apabila susuk yang dipakai seolah menjadi. 

Sementara itu, Suzana pengamal ilmu hitam dan pengamal susuk keramat melampau sering melanggar pantang larang. 

Jadi apakah cara Suzana untuk mengubati kesan dari langgar pantang larang yang dilakukan olehnya?

Filem arahan Amir Muhammad dan Naiem Ghalili ini adalah filem yang sarat dengan plot naratif bagaikan teka-teki. 

Filem ini menggunakan plot naratif yang non-linear dan ianya hanya disimpulkan di akhir cerita di mana plot filem ini seakan bertindihan. 

Jangan lupa untuk saksikan filem Susuk di tonton CINEMA. 

Image

Oktober ini, anda boleh menikmati filem-filem seram terbaik Asia di tonton CINEMA. 

Filem-filem seram Thailand, Korea, Indonesia dan juga Malaysia seperti 3AM, Long Weekend, The Wailing, House of Disappeared, Rumah Belanda, Susuk dan banyak lagi kini boleh dilanggan di tonton CINEMA.

Dengan harga serendah RM1.90, boleh menonton selama 48 jam! Langgan sekarang di www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 2:51 PM