ORANG ramai menerima suntikan vaksin dos pertama serta kedua yang dikendali petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Sungai Bertek, Klang melalui janji temu aplikasi MySejahter. FOTO Faiz Anuar
ORANG ramai menerima suntikan vaksin dos pertama serta kedua yang dikendali petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Sungai Bertek, Klang melalui janji temu aplikasi MySejahter. FOTO Faiz Anuar
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 9:37 AM