GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nuraliawati Sabri


Melaka: Jumlah mangsa banjir di Melaka menurun kepada 849 orang, pada petang hari ini, berbanding 1,116 sebelum ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga 4 petang, mangsa masih berada di PPS membabitkan 215 keluarga.

"Daerah Melaka Tengah merekodkan kawasan paling teruk terjejas dengan 26 kawasan, manakala Jasin membabitkan 12 kawasan dan 14 kawasan di Alor Gajah.

"Walaupun jumlah mangsa banjir menurun, semua 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman Facebooknya turut meramalkan cuaca ribut petir di beberapa tempat di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 6:48 PM