ANTARA PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir
ANTARA PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir
Nuraliawati Sabri


Melaka: Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 590 individu, pagi ini, berbanding 493 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan mangsa daripada 41 kawasan yang terjejas dari seluruh Melaka.

Beliau berkata, selain itu, enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka menjadikan jumlah keseluruhan kepada sembilan PPS.

"590 mangsa itu terdiri daripada 155 buah keluarga dan mereka mula berpindah ke PPS sejak 5.30 petang semalam.

"Daerah Melaka Tengah merekodkan mangsa paling ramai dengan 257 orang, diikuti 182 orang dari Jasin serta 151 orang di Alor Gajah," katanya.

Menurut beliau, tambahan PPS yang dibuka adalah di Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah di Alor Gajah.

"Di Jasin pula, dua PPS lagi yang dibuka adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel.

"Di Melaka Tengah pula di SK Batu Berendam 2 dan SK Krubong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 10:17 AM