BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 256,497 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,437,608 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,218,000 atau 38.7 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 79.7 peratus atau 2,509,535 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 9:08 AM
    PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, semalam. FOTO BERNAMA
    PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor, semalam. FOTO BERNAMA