Gambar hiasan. Foto NSTP.
Gambar hiasan. Foto NSTP.

Kuala Lumpur: Sejumlah 5,745 kes baharu Covid-19 dilapor hari ini menjadikan kumulatif kes cecah 2,401,866.

Angka itu bagaimanapun meningkat 311 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter berkata, kadar positif jangkitan hari ini adalah 3.77 peratus.

"Kesedaran orang ramai amat penting untuk mendapatkan vaksin, mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan menjalankan ujian RTK Antigen secara berkala," katanya.

Menurutnya maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW dengan data setiap hari di portal itu dikemas kini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 3:12 PM