GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Individu dari negeri lain yang lengkap vaksin Covid-19 dan ingin ke negeri ini tidak lagi perlu membuat permohonan menerusi 'EnterSarawak'.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, saringan Covid-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap vaksin, tetapi mereka yang belum lengkap vaksin diwajibkan membuat saringan tiga hari sebelum masuk ke Sarawak.

"Bagaimanapun individu yang masuk ke Sarawak masih perlu mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF).

"Bagi individu yang belum lengkap divaksin, mereka wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya, individu dari luar negara yang masuk ke Sarawak pula wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak dan perlu mengisi eHDF.

"Saringan Covid-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin.

"Pengembara luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 8:30 PM