GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.2 peratus atau 21,355,550, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95 peratus populasi dewasa atau 22,247,174 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 206,418 dos vaksin diberikan membabitkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lalu meningkat kepada 46,458,672.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 17.5 peratus atau 551,972 orang sudah melengkapkan suntikan vaksin manakala 76.7 peratus atau 2,416,010 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lepas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 9:40 AM