BANK NEGARA.
BANK NEGARA.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Peminjam atau pelanggan yang tidak layak memohon program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (Urus) masih boleh menghubungi bank-bank untuk berbincang mengenai penyelesaian bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka.

Jika peminjam/pelanggan menghadapi sebarang kesukaran dengan permohonan Urus, mereka boleh menghubungi BNMTELELINK melalui bnm.my/RAsurvey bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Peminjam/pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim baharu ini melalui laman sesawang bank-bank dan AKPK.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penambahbaikan selanjutnya bagi dana BNM akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2022 yang akan datang.

"Penambahbaikan terhadap dana-dana ini akan membantu perniagaan menguruskan aliran tunai dan membuat penyesuaian apabila ekonomi dibuka semula," katanya dalam kenyataan hari ini.

Urus akan membantu peminjam B50 yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus untuk membayar balik pinjaman mereka yang tidak tertunggak.

Peminjam yang layak dan berhasrat untuk memohon Urus boleh berhubung dengan bank-bank mereka mulai 15 November 2021 hingga 21 Januari 2022.

Menurutnya, BNM telah bekerjasama dengan AKPK untuk membangunkan penyelesaian pengurusan hutang dan perancangan kewangan yang holistik.

"Penyelesaian ini bertujuan untuk menyediakan bantuan yang bersesuaian kepada peminjam supaya mereka bukan sahaja dapat memenuhi obligasi bayaran balik pinjaman malah lebih penting lagi, dapat mengukuhkan semula kedudukan kewangan

mereka.

"Bantuan ini akan memperkukuh daya tahan kewangan peminjam dalam jangka panjang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 4:48 PM