PETUGAS kesihatan menunjukkan picagari sebelum memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima di PPV Dewan Milenium di Kepala Batas. FOTO Danial Saad
PETUGAS kesihatan menunjukkan picagari sebelum memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima di PPV Dewan Milenium di Kepala Batas. FOTO Danial Saad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia kini mencatat 90.6 peratus populasi dewasa atau 21,220,121 individu lengkap menerima dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (12 Oktober).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 209,534 dos vaksin diberikan semalam bagi golongan dewasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 September lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 9:42 AM