PORT DICKSON, 11 Okt  -- Orang ramai mengambil gambar bersama semasa menikmati suasana indah permai apabila langit membiru dan kekuningan ketika sang suria mula terbenam di perairan pantai Port Dickson hari ini.Menyaksikan panorama matahari terbenam antara pengalaman menarik selain dari menikmati keseronokan bermain aktiviti sukan air ketika mengunjungi destinasi pelancongan di daerah ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Haziz Hassan
Haziz Hassan
Mohd Amin Jalil

Seremban: Tempahan hotel dan penginapan di Port Dickson dijangka mencapai 100 peratus pada hujung minggu ini, susulan aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula Isnin lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, jangkaan itu berdasarkan jumlah tempahan yang diterima membabitkan 35 hotel yang berdaftar di bawah MAH, setakat ini.

Katanya, sejak Negeri Sembilan beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 26 Ogos lalu, tempahan hotel meningkat antara 50 hingga 60 peratus daripada pelancong dalam negeri.

"Bagaimanapun, apabila rentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu sehingga malam tadi, hotel berkenaan menerima tempahan amat memberangsangkan daripada pelanggan sama ada melalui telefon dan juga e-mel.

"Ramai pelanggan yang ingin menempah hotel untuk menginap pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Haziz berkata, pihaknya hanya menerima tempahan daripada pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19, selain sentiasa menekankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, bagi mereka yang belum lengkap vaksin, pihaknya terpaksa menolak tempahan demi keselamatan semua pihak.

"Lengkap sahaja dua dos, kami mengalu-alukan kedatangan anda di hotel-hotel kami di Port Dickson," katanya.

Katanya, pihaknya yakin sambutan baik ini akan berterusan sehingga akhir tahun.

Sementara itu, Pegawai Pemasaran Hotel Dwharf & Service Residence, Cindy Kwan berkata, selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, tempahan hotel meningkat lebih 30 peratus.

"Kami juga hanya menerima pelanggan yang sudah lengkap vaksin untuk kebenaran daftar masuk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 9:33 AM