GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti Pahang ditamatkan esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, penamatan berkenaan selepas meneliti Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan situasi semasa di dua lokaliti terbabit.

"Pelaksanaan PKPD di Kampung Tementong, Mukim Cheka 1, Lipis, Pahang pada 16 September lalu ditamatkan pada 13 Oktober 2021 seperti dijadualkan.

"Selain itu, PKPD d Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pos Menson, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang yang dilaksanakan 30 September lalu turut ditamatkan," katanya dalam kenyataan media malam ini.

Katanya, tiada pelaksanaan atau lanjutan tempoh PKPD di mana-mana lokaliti pada hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 10:06 PM