Proses Bio-disinfeksi menggunakan teknologi NOCOTECH dapat meliputi ke  segenap permukaan dan udara - FOTO True Clinical Research
Proses Bio-disinfeksi menggunakan teknologi NOCOTECH dapat meliputi ke segenap permukaan dan udara - FOTO True Clinical Research
Nur Amirah Abd Rani

PELAKSANAAN Pelan Pemulihan Negara telah memberi nafas baharu kepada peniaga dan rakyat  Malaysia untuk menjalani kehidupan pasca pandemik bagi memulihkan ekonomi rakyat dan  negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Tuan Khairy Jamaluddin, Malaysia dijangka memasuki fasa endemik  COVID-19 pada penghujung Oktober ini apabila 80 peratus populasi dewasa telah mendapat vaksin.  

Beliau juga telah menegaskan bahawa hidup bersama Covid-19 adalah realiti yang mesti  diterima.  

Bagi sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi, perkara utama perlu dititik beratkan adalah proses  disinfeksi ruang pejabat dan perniagaan bagi mengelakkan kerugian sekaligus dapat  menyelamatkan nyawa pekerja.

Konsisten dalam menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah teras untuk masyarakat  sedunia memerangi penularan wabak Covid-19.  

Cakna dengan perubahan dan keperluan ini, True Clinical-Research Services Sdn Bhd tampil  untuk membantu masyarakat. 

Dengan pengalaman lebih dari enam tahun, teknologi NOCOTECH  Bio-Disinfection telah membantu hospital mendapatkan proses disinfeksi yang efektif dan efisien.  

Image

NOCOTECH adalah teknologi yang amat berbeza berbanding kaedah biasa yang kontroversi di  pasaran. 

Masalah yang sering dihadapi masyarakat seperti kesan basah, berminyak dan  melekit pastinya dapat dielakkan.

Manakala, peralatan elektronik dan kelengkapan di tempat  kerja dijamin akan terjaga tanpa ada kesan pengaratan. 

Sekaligus menjimatkan wang dan tenaga kerja kerana proses yang dijalankan mengambil masa yang sangat singkat dan tidak  perlu penutupan premis perniagaan. 

Teknologi NOCOTECH telah di inovasi sejak tahun 2000 yang memfokuskan kepada dunia perubatan  menggunakan Hidrogen peroksida sebagai disinfektan yang selamat kepada manusia dan alam sekitar seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  

Teknologi ini adalah kaedah disinfeksi menyahkuman di permukaan dan udara, 'Airborne surface disinfection' (ASD). Sistem Turbine dan pemanasan pada suhu 37 darjah Celcius dapat  membebaskan ion hidroksil (gas kering) yang sangat laju iaitu pada 80m/saat, yang dapat bergerak ke  segenap permukaan dan udara seperti lantai, atas meja, dan peralatan di premis.

Image

NOCOTECH juga dapat membunuh semua spektrum mikroorganisma - bactericidal,  fungicidal, sporicidal dan virucidal. 

Sistem NOCOTECH juga terbukti secara klinikal dengan mencapai standard tertinggi NFT 72281 (Perancis) dan EN 17272 (Eropah) di mana, standard ini turut digunapakai oleh hospital bagi mendapatkan proses disinfeksi yang efektif dan efisien. 

Image

Sejajar dengan kehidupan norma baharu, True Clinical-Research Sdn Bhd dan teknologi  NOCOTECH mampu memudahkan kehidupan seharian anda. 

Bertepatan dengan tagline "Your Health Our Priority", disinfeksi ini bukan sahaja selamat untuk  penggunaan terhadap manusia dan haiwan, malah teknologi ini tidak akan menjejaskan peralatan mahupun  kelengkapan di tempat kerja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai servis disinfeksi atau mesin Nocospray, orang ramai boleh layari laman sesawang https://trueclinical.com.my/about/ atau lawati platform media sosial Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

True Clinical juga boleh dihubungi di talian 0193920015 (Miza) dan 0186678259  (Afiq).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 5:46 PM