Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen kini dibenarkan memakai baju batik sepanjang persidangan Dewan Rakyat selepas cadangan itu diluluskan Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika membentangkan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebenaran pemakaian itu dibenarkan setiap Khamis.

Beliau berkata, pemakaian baju batik adalah bersifat sukarela dan dicadangkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

"Cadangan itu dikemukakan Nancy kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.

"Beberapa syor diputuskan dalam tiga mesyuarat termasuk pemakaian baju batik lengan panjang ini," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

WAN Junaidi ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. FOTO Bernama
WAN Junaidi ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. FOTO Bernama

Ketika ini, kod etika pemakaian Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dibenarkan berkemeja lengan panjang, bertali leher, long suit atau baju kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 5:21 PM