GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Mohd Amin Jalil


Seremban: Tiada kes kematian terbaharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Sembilan walaupun 196 kes baharu wabak itu direkodkan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, buat julung kalinya Negeri Sembilan tidak merekodkan kes kematian baharu wabak berkenaan.

"Berbanding sebelum ini dan Sabtu lalu, terdapat satu kes kematian akibat Covid-19. Namun semalam, tiada kes kematian terbaharu dan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu kekal 1,206 kes.

"Walaupun terdapat pertambahan 196 kes baharu Covid-19 semalam, namun ia hanya membabitkan kes tahap satu dan dua," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, empat kluster baharu dikesan semalam dan secara keseluruhannya terdapat 16 kluster iaitu 14 tempatan dan dua import yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repah berkata, empat kluster baharu itu adalah Kluster Jalan Dr Muthu yang merekodkan lapan kes baharu dengan kumulatif 112 kes, Kluster Tampin-Gemas 2, Klusteri Industri Jalan Senawang Tiga dan Kluster Langkap 2.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 1:18 PM