PETUGAS kesihatan memeriksa pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). FOTO Mohd Fadli Hamzah.
PETUGAS kesihatan memeriksa pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Bilangan pesakit sembuh mengatasi kes baharu, dengan 10,959 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan kes pulih adalah 2,195,669 kes iaitu 93.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 7,373 kes dilaporkan, berbanding 8,743 kes direkodkan semalam.

Beliau berkata, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 2,339,594 kes.

"Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, 133 kes atau 1.8 peratus dalam kalangan pesakit kategori tiga hingga lima.

"Sementara, 7,240 kes atau 98.2 peratus adalah kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah sebanyak 762 kes dengan 410 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, beliau berkata, terdapat lapan kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu lima kluster komuniti dan masing-masing satu kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi serta keagamaan.

Beliau berkata, pertambahan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster Covid-19 yang terdapat di negara ini meningkat kepada 5,588 dengan 810 kluster aktif manakala 4,778 kluster tamat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 7:09 PM