GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang berakhir esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu sebelum ini dikenakan PKPD pada 28 September lalu.

"Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk menamatkan PKPD.

"Lokaliti yang ditamatkan ialah Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut dan Kampung Orang Asli Pinggiran di Rompin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang pelaksanaan PKPD dan pelanjutan PKPD di mana-mana lokaliti di negara hari ini.

"Orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 5:44 PM