GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Remaja berusia 13 tahun dicabul bapa tirinya di sebuah tanah rancangan FELDA di daerah ini, sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 24 tahun kerap mencabul mangsa ketika berada di rumah, dan kali terakhir kejadian berlaku pertengahan September lalu.

"Suspek turut meminta mangsa merahsiakan perkara itu.

"Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lalu sebelum suspek kemudian ditangkap bagi membantu siasatan," katanya hari ini.

Hoo berkata, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

Katanya, hasil siasatan awal polis, suspek mengaku mencabul mangsa dan semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod dadah.

"Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak - Kanak 2017," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 4:28 PM