Dr Othman Warijo
Dr Othman Warijo
Izad Thaqif Hassan


Sungai Petani: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menyiasat kematian pelajar sekolah di sini, Sabtu lalu yang didakwa berpunca daripada suntikan vaksin Covid-19.

Pengarahnya Dr Othman Warijo berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum pihaknya berkongsi maklumat berkaitan.

"Setakat ini, kita dalam proses untuk mengenal pasti punca kematian mangsa dan keputusan yang diperoleh akan dikongsi selepas semua proses selesai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, video kematian pelajar perempuan berusia 18 tahun itu tular di media sosial yang dikaitkan dengan suntikan vaksin Covid-19.

Arwah dikatakan menerima suntikan seminggu lalu dan mengadu sakit dada dan perut sebelum membuat pemeriksaan di hospital.

Video itu turut menyebut pihak hospital mengatakan pelajar itu mengalami gastrik tetapi keluarganya mendakwa remaja itu tidak mempunyai sejarah penyakit terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 4:09 PM