PULAU Langkawi.
PULAU Langkawi.
BERNAMA

Putrajaya: Kebenaran merentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanyalah bagi program Gelembung Pelancongan Langkawi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini, pelancong domestik ketika ini dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa 2 dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kenyataan tersebut merujuk kepada keputusan Sidang Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Sept lalu.

Ismail Sabri berkata pembukaan pusat-pusat pelancongan dan pulau-pulau serta aktiviti rentas negeri hanya akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

"Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat satu tarikh yang bersesuaian," menurut MOTAC.

Setakat semalam sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 3:34 PM