Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Penyu agar betina dianggarkan seberat 15 kilogram ditemukan mati di Pantai Pandak, Chendering, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang, penduduk yang sedang beriadah menemui bangkai penyu berkenaan terdampar di pantai terbabit.

Saudah Jusoh, 63, berkata dia terkejut ketika melihat bangkai penyu kerana pada mulanya menyangka ia adalah batu.

"Bagaimanapun sebaik mendekatinya, saya mendapati ia rupa-rupanya bangkai penyu dan berasa kasihan melihat keadaannya.

Hanafi Kassim (kanan) dan Mohamed Long memeriksa penyu. FOTO GHAZALI KORI
Hanafi Kassim (kanan) dan Mohamed Long memeriksa penyu. FOTO GHAZALI KORI

"Berdasarkan keadaan fizikal penyu itu, tiada kesan luka pada bahagian badan cuma mata dilihat rosak dan cedera," katanya.

Katanya, dia berharap semua pihak bekerjasama dalan menangani isu kematian penyu yang semakin berleluasa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Ruzaidi Mamat berkata, penyu agar betina berkenaan dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

"Punca kematiannya tidak dapat dipastikan lagi cuma saya berpandangan penyu ini mati kerana lemas terperangkap di dalam pukat.

"Berdasarkan rekod sebanyak 38 penyu agar dan seekor tuntung laut ditemukan mati terdampar di pantai di negeri ini," katanya.

Pengunjung melihat lebih dekat seekor penyu agar betina yang ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Pandak, Chendering petang semalam. FOTO GHAZALI KORI
Pengunjung melihat lebih dekat seekor penyu agar betina yang ditemukan mati terdampar di pesisir pantai Pandak, Chendering petang semalam. FOTO GHAZALI KORI

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 12:17 PM