Suraya Roslan dan Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Tempoh menunggu janji temu pengambilan suntikan dos kedua vaksin AstraZeneca (AZ) akan dipendekkan daripada sembilan kepada enam minggu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan itu terpakai untuk individu yang menerima vaksin bermula 1 Oktober ini.

Menurutnya, individu yang mengambil suntikan vaksin AZ bermula tarikh itu tidak perlu menunggu sembilan minggu untuk mendapatkan suntikan kedua.

"Ini kerana penerima akan menerima dos kedua selepas enam minggu mendapat dos pertama," katanya ketika sidang media khas, hari ini.

FOTO HIASAN
FOTO HIASAN

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 6:38 PM