Mohammad Asyraf Khalib

AIR adalah keperluan penting dalam kehidupan. Oleh yang demikian, mendapatkan keperluan air bersih dan tidak tercemar adalah penting bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan seisi keluarga serta tersayang. 

Walaupun air disalurkan ke kediaman adalah terawat namun kebanyakan paip saluran adalah dalam keadaan terlalu berusia, berkarat dan jarang dibersihkan.

Air berasa payau, warna air tidak jernih, masalah kulit dan alahan serta mulut berkudis, rambut kering serta berminyak, nafas berbau, masalah buah pinggang dan perut serta sembelit adalah antara ciri atau kesan air tercemar. 

Justeru, bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan diri serta insan tersayang, CUCKOO PRIME X3 Penapis Air Luar Kediaman membantu memastikan air disalurkan di kediaman bersih.

Image

PRIME X3 menggunakan tiga kaedah pembersihan dan kaedah pertama ialah Membran Ultra-Filtration PVDF 2.0 yang direkayasa semula. 

PRIME X3 adalah penapis pertama seumpamanya di Malaysia yang menyingkirkan kotoran, karat dan bakteria berbahaya dari punca air. Bersaiz 0.05 mikron, ia adalah paling ideal untuk menyingkir pencemaran air sambil mengurangkan kebarangkalian berlakunya masalah sumbat.

Kaedah kedua pula ialah sistem pembilasan PRIME X3 di mana ia membalikkan aliran air dan mengeluarkan segala kotoran dari penapis ke saluran keluar bagi mengurangkan kesan sumbatan. 

Ia juga memastikan air bersih selepas pembilasan disempurnakan dan proses ini memastikan usia penapis dipanjangkan serta membersihkan penapis bagi mempertingkatkan keberkesanan penapis.

Manakala kaedah pembersihan ketiga ialah Sistem Pembilasan Automatik. Dengan sistem ini, terdapat penetapan masa untuk membersihkan sistem penapisan secara automatik. 

Proses pembilasan akan dilakukan selama seminit setiap lapan jam, secara automatik.

Image

PRIME X3 juga mempunyai rekaan yang kompak dan mudah dipasang selain ia diperbuat daripada vesel keluli tahan karat yang kalis air serta menjamin ketahanan penapis. 

Lebih menarik, PRIME X3 ini juga menggunakan sistem tanpa penggunaan elektrik, lebih selamat, ekonomi dan mudah.

PRIME X3 ini juga menggunakan sistem penapis Royal Out-to-In yang dapat memastikan pencemaran dituras di lapisan luar dan menuras air dengan lebih efektif berbanding penapis biasa. 

Walaupun bersaiz kecil, penapis air luar kediaman ini juga dapat menapis jumlah air yang tinggi dengan lebih pantas dan efektif. 

Sistem ini juga dapat mengurangkan risiko tersumbat, keberkesanan tinggi, menangani klorin yang tinggi dan pantas. Ia juga mengekalkan zat yang terkandung dalam air dan pembaziran air tidak akan berlaku.

Bagi memastikan penapis air PRIME X3 sentiasa memberikan yang terbaik buat pengguna, Pasukan Servis CUCKOO+ akan memberikan penyelenggaraan profesional Natural Care Service (NCS)

Image

Penapis air pelanggan akan diservis setiap enam bulan secara percuma dengan pemeriksaan 6-poin NCS, punca air, kebersihan produk, penetap masa automatik, ujian kebocoran, permukaan dan prestasi produk.

Bagi mereka yang ingin memiliki PRIME X3, CUCKOO GOOODPLAN™️ menyediakan enam pakej untuk dipilih dengan harga bulanan serendah RM85 termasuk jaminan NCS pintu ke pintu percuma setiap enam bulan selama lima tahun. 

Image

Promosi GOOOD Trade-In pula membolehkan pengguna tukar beli penapis air sedia ada untuk pembelian baharu CUCKOO PRIME X3 penapis air luar kediaman dengan rebat sebanyak RM800. 

Pendek kata, dengan hanya RM1,600, pengguna boleh membawa balik CUCKOO PRIME X3 yang baharu. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari CUCKOO E-Brandstore dan cuckoo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 8:36 AM