GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Serdang: Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Seminar Serantau Isu-Isu Belia dan Komuniti Siri 2/2021 pada 26-27 Oktober ini.

Ia seminar membabitkan kerjasama antara IPSAS dan empat universiti di Indonesia dalam memperkasakan jalinan ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.

Pengerusi seminar, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, seminar itu turut menjadi platform yang dapat mewujudkan perkongsian dan pertukaran idea sesama penyelidik.

Beliau berkata, seminar dalam talian yang bertemakan 'Kesejahteraan Belia dan Komuniti Aset Kesejahteraan Negara' itu akan dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman.

"Ia akan dikendalikan bersama Universitas Diponegoro (UNDIP), Universitas Halu Oleo (UHO), Universitas Abulyatama (UNAYA) dan Universitas Teuku Umar (UTU).

"Lima ucaptama yang akan membincangkan penyelidikan berkaitan belia dan komuniti akan disampaikan oleh Pengarah IPSAS Prof Dr Ismi Arif Ismail, Prof Dr Budi Setiyono (UNDIP), Prof Dr Ir H Saediman (UHO), Dr Aslinar M (UNAYA) dan Dr Ishak Hasan (UTU)," katanya.

Justeru Haliza menjemput mereka yang berkelapangan untuk turut serta dalam seminar itu.

"Seminar ini mampu merejuvenasi jalinan ukhwah serta berkongsi hasil dapatan kajian," katanya.

Beliau turut mempelawa penyelidik yang masih belum mendaftar supaya berbuat demikian di [email protected].

Maklumat lanjut berkaitan seminar boleh dilayari di www.ssibk2021.upm.edu.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 6:02 PM