GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Kira-kira 725 masyarakat Orang Asli di dua perkampungan akan mula divaksinasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, 327 Orang Asli di perkampungan Sungai Berua, Hulu Terengganu akan disuntik vaksin pada Sabtu ini.

Beliau berkata, program vaksinasi berikutnya membabitkan 398 Orang Asli di perkampungan Sungai Pergam, Kemaman, pada Ahad ini.

"Semua masyarakat Orang Asli di dua perkampungan itu akan disuntik vaksin jenis Cansino iaitu hanya satu dos suntikan sahaja.

"JKNT menerima bekalan vaksin Cansino sebanyak 5,000 dos untuk program vaksinasi kumpulan khas pada Ahad lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, 23 daripada 33 masyarakat Orang Asli di perkampungan Kuala Sayap, Hulu Besut, sudah lengkap menerima dua dos vaksin Pfizer dan Sinovac, pertengahan bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 2:40 PM