GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Sasaran Malaysia untuk mencapai imuniti kelompok semakin menghampiri kejayaan apabila 80 peratus populasi dewasa kini lengkap dua dos vaksin.

Perkembangan itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

"Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

"Teruskan usaha kita perangi Covid-19," katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) di Twitter rasminya memaklumkan, seramai 18,648,795 individu atau 79.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Selain itu, 93.1 peratus atau 22,097,565 individu daripada populasi dewasa sudah menerima satu dos vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 4:31 PM