ANGGOTA APMM menunjukkan kawasan yang akan dicari. FOTO IHSAN APMM
ANGGOTA APMM menunjukkan kawasan yang akan dicari. FOTO IHSAN APMM
Oleh Ruwaida Md Zain


Pelabuhan Klang: Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang terjatuh ke laut ketika bekerja di kelong ditemui orang awam, jam 7.30 pagi tadi.

Mayat ditemui pada kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Tengah di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, mayat dibawa ke Jeti Pulau Ketam bagi proses pengecaman sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Majikan mangsa tampil membuat pengecaman dan jasad itu dipercayai Priadi, berusia 34 tahun.

"Mangsa terjatuh ke laut bersama rakan sekerjanya, Saw Bearry Htoo, berumur 30 tahun, warga Myanmar. Usaha mengesan Saw masih diteruskan," katanya pada kenyataan.

Semalam, APMM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima laporan kehilangan mangsa.

Kedua-dua mangsa dikatakan dilihat kali terakhir memakai baju putih berlogo syarikat tempat mereka bekerja serta berseluar biru sebelum dilaporkan hilang di laut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 5:25 PM