Masyarakat Orang Asli menerima  vaksin dos tunggal Cansino. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Masyarakat Orang Asli menerima vaksin dos tunggal Cansino. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berpuashati dengan sambutan Orang Asli di seluruh negara terhadap penerimaan vaksinasi termasuk di Kelantan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, setakat ini dianggarkan 57 peratus komuniti Orang Asli sudah divaksin atau 83,000 orang.

Katanya, perkembangan positif itu menunjukkan Orang Asli mampu mencapai 80 peratus imuniti kelompok seperti yang disasarkan dan turut menjangkakan 100 peratus dapat dicapai dalam masa terdekat ini.

"Bagaimanapun perkara ini bergantung kepada bekalan vaksin terutama CanSino untuk suntikan satu dos boleh mempercepatkan proses penerimaannya.

"Langkah kerajaan yang akan menjalankan program vaksinasi terhadap remaja berusia 12 hingga 18 tahun juga wajar disegerakan dikalangan Orang Asli.

"Kita berharap sekolah dapat segera dibuka. Pada saya ini adalah penting kerana kita semua tahu ada sesetengah kawasan tidak dapat diadakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) berikutan kesukaran mendapatkan talian internet," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di Pos Gob, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Nor.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 5:14 PM