Mohd Hakimi Nor Izzudin, 11, dikatakan terjatuh Sungai Kinta sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang bermain bersama dua rakannya dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan, Pasir Puteh, di sini, hari ini. FOTO  Ihsan JBPM Perak
Mohd Hakimi Nor Izzudin, 11, dikatakan terjatuh Sungai Kinta sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang bermain bersama dua rakannya dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan, Pasir Puteh, di sini, hari ini. FOTO Ihsan JBPM Perak
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Ipoh: Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Kinta ketika bermain bersama dua rakannya dalam kejadian di Taman Desa Pelancongan, Pasir Puteh di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian mangsa lemas pada jam 11.23 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh bergegas ke lokasi.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa dikenali Mohd Hakimi Nor Izzudin, 11, dikatakan bersama dengan dua lagi rakannya bermain di kawasan itu sebelum dipercayai terjatuh ke sungai.

"Orang awam mengetahui kejadian yang menimpa mangsa selepas diberitahu rakan yang meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketibaan bomba di lokasi kejadian bagaimanapun mendapati mangsa sudah dinaikkan ke tebing oleh orang awam sebelum bomba melakukan Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR).

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 3:48 PM