KREW penerbangan ihsan diketuai juruterbang Roslan berpakaian PPE bagi membawa keluar Asalmi dari Pos Belatim di hantar ke HGM kerana positif Covid-19 semalam. FOTO Ihsan JBPM
KREW penerbangan ihsan diketuai juruterbang Roslan berpakaian PPE bagi membawa keluar Asalmi dari Pos Belatim di hantar ke HGM kerana positif Covid-19 semalam. FOTO Ihsan JBPM
Ramli Ibrahim

Gua Musang: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan penerbangan ihsan untuk membawa seorang wanita Orang Asli yang positif Covid-19, di Pos Belatim, semalam, untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Asalmi Alang, 59, dilaporkan mengalami deman dan sukar bernafas dan perlu dibawa keluar ke hospital dengan segera.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang Mohd Farhan Marzuki berkata, pesakit dibawa dengan helikopter dari Pos Belatim.

Beliau berkata, helikopter kemudian mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, jam 4.25 petang.

"Pesakit yang dalam keadaan stabil kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 8:28 AM