GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Pahang bermula 18 September hingga 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu ialah tiga perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubuk Wong.

"Lokaliti lain yang dilanjutkan ialah Penjara Penor di Kuantan juga berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

"Semua lokaliti terbabit sepatutnya ditamatkan esok namun selepas meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malahsia (KKM) mengenai penilaian risiko, MKN memutuskan PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MKN juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di enam lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang.

"Semua PKPD yang ditamatkan ini adalah seperti yang dijadualkan iaitu Tamab Keranat dan Angkasa Aparment di Kota Kinabalu.

"Lokaliti lain yang ditamatkan ialah dua perkampungan di Gua Musang iaitu Kampung Blau dan Kampung Batang serta dua lagi di Pahang iaitu Rumah Kongsi Pinggiran Goh dan Sempalit di Raub," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 7:03 PM