Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan usul melantik semula Husain Awang sebagai Ahli Dewan Negara. FOTO GHAZALI KORI
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan usul melantik semula Husain Awang sebagai Ahli Dewan Negara. FOTO GHAZALI KORI
Baharom Bakar
am@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Husain Awang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri itu untuk tempoh tiga tahun.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Yahaya Ali berkata, pelantikan Husain buat kali kedua dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Muhammad Khalil Abd Hadi.

"Pelantikan Husain sebagai Ahli Dewan Negara mendapat undian sebulat suara dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN ke-14, hari ini," katanya.

Husain yang dilahirkan di Besut pada 10 Ogos 1946 adalah bekas Yang Dipertua DUN Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Beliau dilantik kali pertama sebagai Ahli Dewan Negara pada 4 Julai 2018 lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 3:12 PM