GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Satu lokaliti masing-masing di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 hingga 27 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan Perumahan IOI Plantations Unico Oil Mill Sdn Bhd, Segama, Lahad Datu.

Sementara, di Pahang membabitkan lokaliti Rancangan Rumah Murah (RRM) Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan.

"Perintah itu dikenakan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti itu.

"Sementara, perintah PKPD yang dilanjutkan lagi adalah Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan, Pontian, Johor iaitu disambung sehingga 20 September 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah yang ditamatkan adalah Taman Megah Jaya dan Kampung Bukit Gemuk.

Menurutnya, PKPD Kampung Nasakot di Ranau, Sabah yang dikenakan sejak 31 Ogos lalu turut ditamatkan esok.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 8:03 PM