Rohaniza Idris


Putrajaya: Pelajar dibenarkan untuk tidak memakai pakaian seragam jika pakaian sedia ada sudah tidak lagi muat.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, namun, murid perlu memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai untuk ke sekolah.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan semua murid hadir ke sekolah sesuai semangat membawa kembali pelajar ke sekolah.

"Kita tidak mahu beri tekanan kepada ibu bapa menyediakan pakaian baharu... matlamat kita hanya mahu anak-anak ke sekolah sahaja," katanya.

Beliau berkata, selain itu, setakat ini, aktiviti sukan dan kokurikulum belum dibenarkan, namun untuk aktiviti Pendidikan Kesihatan dan Jasmani (PJK), murid disaran untuk memakai pakaian sukan di rumah.

"Sementara itu, bagi waktu rehat, murid akan dibenarkan makan di dalam kelas, namun bagi kelas yang ada penghawa dingin, mereka perlu makan di luar dengan pengawasan guru," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 7:34 PM