Mahaizura Abd Malik


Putrajaya: Ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana bimbang ancaman Covid-19 perlu mengemukakan surat kepada pihak sekolah untuk rekod ketidakhadiran.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ketidakhadiran itu tidak akan dianggap kesalahan disiplin dan surat amaran tidak akan dikeluarkan.

"Kami memahami keadaan jika ada ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

"Kita memutuskan tiada surat amaran atau tindakan disiplin dikenakan kepada murid dan pelajar itu, namun ibu bapa penjaga perlu menulis surat kepada sekolah untuk rekod sebab ketidakhadiran.

"Itu antara keseimbangan kita cuba bawa ke sekolah kerana memahami kerisauan ibu bapa penjaga," katanya pada sidang media hari ini.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 6:06 PM