GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Pengesanan kes Covid-19 dalam kalangan tahanan Depot Imigresen Kota Kinabalu menjadi penyumbang daerah Kota Kinabalu mencatatkan kenaikan jumlah kes paling tinggi di Sabah, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes baharu di Kota Kinabalu naik mendadak hari ini daripada 302 kes semalam kepada 449 kes.

"Kenaikan kes ini berpunca daripada 134 kes baharu dalam kalangan tahanan di Depot Imigresen Kota Kinabalu. Terdapat juga 153 kes membabitkan Orang Kena Tahan (OKT) di seluruh Sabah hari ini.

"Ini kemudian diikuti daerah Kota Marudu mencatatkan sebanyak 155 kes, Ranau (85); Kalabakan (56); dan Putatan (35) kes.

"Manakala, jumlah kes di Kinabatangan turun sebanyak 18 kes diikuti Lahad Datu (114); Tuaran (112) dan Kota Belud (56) kes. Walaupun berlaku penurunan kes yang banyak di beberapa daerah tetapi terdapat daerah yang lain mencatatkan peningkatan kes," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri turut berkata, jumlah kes harian Covid-19 hari ini kekal mencatatkan sebanyak empat angka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 9:01 PM