Pemenang paling kreatif berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500. - FOTO GM Klang
Pemenang paling kreatif berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500. - FOTO GM Klang
Nur Amirah Abd Rani

BERSEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 dan Hari Malaysia yang  bakal tiba, GM Klang, Pusat Borong Terbesar di Malaysia mengambil inisiatif menyemarakkan lagi semangat kewarganegaraan Malaysia di kalangan masyarakat dengan mengadakan  kempen bertemakan #SatuHatiSatuSuara.  

Inisiatif kempen ini bertujuan menzahirkan tanda penghormatan dan penghargaan kepada barisan petugas hadapan yang bertungkus lumus mengerah keringat melawan pandemik Covid-19.  

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang Norsuhaida  Othman berkata, inisiatif ini mendapat sokongan Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Majlis Perbandaran  Klang (MPK) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Selangor). 

Beliau berkata, kempen ini dijalankan dalam bentuk peraduan #SatuHatiSatuSuara Klik & Menang, yang dijalankan secara dalam talian. 

"Peserta hanya perlu mengambil gambar dengan tema keunikan Malaysia dan memuat naik gambar tersebut di laman media sosial beserta kapsyen kreatif, hashtag #SatuHatiSatuSuara dan #MalaysiaPrihatin, serta teg GM  Klang," katanya.

Image

Image

Video TikTok: https://www.tiktok.com/@gmklang

Pemenang paling kreatif berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500  manakala 10 pemenang bertuah lain yang terpilih layak menerima insentif beli-belah GM Klang  berjumlah RM300.  

Image

Lebih menarik, GM Klang turut melancarkan satu lagu khas #SatuHatiSatuSuara yang diubahsuai secara eksklusif daripada lagu tema GM Klang sendiri oleh juara Battle of the Band  Gempakarnival 2019, dua tahun lalu iaitu Merchant of Mercury (MOM). 

Lagu membawa  mesej perpaduan rakyat Malaysia dalam memerangi pandemik ini diharapkan dapat  menyuntikkan lagi semangat #SatuHatiSatuSuara buat seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen #SatuHatiSatuSuara ini bermula pada 20 Ogos sehingga 20 September 2021 di laman media sosial rasmi GM Klang iaitu Facebook (@GMKlang), Instagram (@gmklang) TikTok dan untuk maklumat lanjut layari gmklang.com. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 7:45 PM