GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 39 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Melaka, Kedah, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Terengganu dan Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 23 daripadanya adalah kluster dari tempat kerja dan 13 lagi kluster membabitkan komuniti.

"Terdapat tiga lagi kluster yang dilaporkan masing-masing satu kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi, pendidikan dan pusat tahanan.

"Daripada 39 kluster direkodkan, sembilan dilaporkan di Johor, Sarawak (5), Pahang (5), Kelantan (4), Selangor (4), Pulau Pinang (4), Kedah (3), Melaka (2) dan masing-masing satu kes di Perak, Terengganu serta Kuala Lumpur.

"Sebanyak 4,960 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 3,495 kluster dilaporkan tamat, manakala 1,465 kluster lagi masih aktif, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, data terkini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, sehingga semalam kekal pada 0.96.

"Negeri yang mencatatkan nilai Rt tertinggi adalah Sarawak dengan 1.19 diikuti Johor (1.10) dan Terengganu (1.08).

"Semua negeri mencatatkan nilai Rt melebihi daripada 1.0 kecuali Kedah, Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 8:01 PM