GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur memulakan operasi kaunter sepenuhnya tanpa proses janji temu, hari ini.

Pengoperasian hari pertama itu menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kalangan orang ramai.

Beliau turut meninjau perkhidmatan pandu lalu yang dibuka sejak 1 September lalu sehingga 30 September ini.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, perkhidmatan pandu lalu itu bagi tujuan pembaharuan lesen memandu (CDL), cukai jalan persendirian, pembayaran saman dan kutipan dokumen lesen serta cukai jalan.

"Tawaran diskaun saman sebanyak 70 peratus masih berbaki 10 hari lagi. Orang awam dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelak kesesakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang awam boleh hadir ke JPJ Kuala Lumpur pada 9 pagi untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh mengikuti Advokasi Keselamatan Jalan Raya yang diadakan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya mengenai keselamatan jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 4:00 PM