GAMBAR hiasan. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
GAMBAR hiasan. FOTO SHARUL HAFIZ ZAM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Empat lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 hingga 20 September ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu ialah Kampung Telabuan di daerah Beluran dan Kampung Matagang di daerah Keningau.

"Dua lagi lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Taman Pantai Lok Kawi di Papar dan Kampung Kilanas di daerah Ranau.

"Pelaksanaan PKPD diputuskan selepas MKN meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, MKN juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD sehingga 20 September ini di Kampung Buanong Matunggong di daerah Kudat.

"Selain itu, dua lokaliti di Sabah turut ditamatkan seperti dijadualkan bermula esok.

"Lokaliti berkenaan ialah Kampung Pukat, Tanjung Batu di daerah Tawau dan Kampung Balung Cucus di daerah Tawau," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 8:05 PM