GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Orang ramai yang berhasrat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu boleh mendapatkan kemudahan itu di semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula Isnin depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Pos Malaysia berkata, bagi mereka yang sudah mendapat temu janji di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh terus ke JPJ di tarikh dan lokasi ditetapkan atau ke mana-mana cawangan pejabat pos.

"Pelanggan juga boleh memperbaharui insurans motor mereka di kaunter pejabat pos atau dalam talian melalui laman sesewang dan aplikasi mobile, " katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh memasuki AskPos di www.pos.com.my or the aplikasi mobile Pos Malaysia

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium untuk memperbaharui lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu dilanjutkan hingga 31 Disember depan.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 5:36 PM