Nurshafika Suhaimi

FILEM Rumah Belanda merupakan filem bergenre seram kedua daripada pengarah terkenal Indonesia iaitu Hedy Suryawan.

Namun, apa yang unik kali ini, pengarah menggunakan rumah Belanda lama sebagai lokasi penggambaran untuk menambahkan lagi debaran dan elemen suspen dalam genre filem ini.

Menurut Hedy, filem ini tidak menunjukkan banyak hantu di layar, namun penonton dapat benar-benar merasakan seram itu kerana kekuatan filem ini ditambah dengan suasana seram yang menakutkan.

Katanya, filem ini diilhamkan dari kisah benar dalam masyarakat sekitar. Namun, terdapat sedikit perubahan sesuai dengan tontonan umum.

"Ramai yang berpendapat bahawa rumah-rumah lama disukai oleh makhluk halus. Akhirnya kami memilih rumah Belanda yang agak menyeramkan bagi menaikkan lagi mood seram filem ini", katanya

Sinopsis filem Rumah Belanda

ImageKisah bermula apabila seorang penulis bernama Raya yang mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda untuk menulis biografi mengenai Aline.

Suaminya menghantar Raya dan juga dua orang anaknya ke sebuah Rumah Belanda yang pernah diduduki oleh Aline semasa kecil atas permintaan Hilda supaya Raya dapat lebih fokus dengan tugasan yang diberikan.

Namun, Raya dan anak-anaknya mula diganggu oleh makhluk halus. Ternyata rumah tersebut mempunyai kisah silam yang penuh misteri. Raya berusaha untuk merungkai misteri di Rumah Belanda itu 

Adakah Raya mampu bertahan menetap di Rumah Belanda untuk menyiapkan penulisannya? Adakah dia mampu membongkarkan kisah misteri di Rumah Belanda? 

Jika anda ingin tahu kesudahan filem jangan lupa melanggan tonton CINEMA hanya serendah RM4.90 sahaja. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 1:22 PM