FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 36 kluster baharu di 11 negeri hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster berkenaan dilaporkan di Kelantan (12), Johor (8), Pulau Pinang (3), Pahang (3), Sarawak (3), Selangor (2) dan masing-masing satu kluster di Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah dan Melaka.

Katanya, daripada 36 kluster yang dikenal pasti, 17 daripadanya adalah kluster dari tempat kerja dan 14 lagi kluster membabitkan komuniti.

"Terdapat dua lagi kluster dilaporkan berkaitan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster membabitkan pendidikan lain, pendidikan tinggi serta pusat tahanan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,709 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 3,222 kluster sudah tamat, manakala 1,487 kluster lagi masih aktif, setakat hari ini," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, data terkini kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia, sehingga semalam, adalah sebanyak 1.01.

"Negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Sarawak dengan 1.24 diikuti Perlis (1.20) dan Sabah (1.14).

"Semua negeri mencatatkan nilai Rt melebihi daripada 1.0 kecuali iaitu Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 8:14 PM