GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Aktiviti sosial membabitkan majlis perkahwinan di sebuah kampung mencetuskan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Lima.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster berkaitan komuniti yang dikenal pasti di daerah Nabawan itu dikesan menerusi majlis perkahwinan di Kampung Lima.

"Kes indeks merupakan lelaki berusia 22 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 20 Ogos selepas mengalami gejala demam, batuk, dan sakit sendi bermula 18 Ogos lalu.

"Siasatan mendapati kes ini kemungkinan mendapat jangkitan dari komuniti. Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mendapati 61 lagi kes positif termasuk empat kes baharu hari ini.

"Manakala, 21 individu masih menunggu keputusan saringan pertama, sementara 53 individu negatif sampel pertama," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, selain Kluster Lima, satu lagi kluster berkaitan tempat kerja, Kluster Pin Supu di Kinabatangan dikesan di ladang kelapa sawit dalam Mukim Sukau membabitkan 34 kes positif setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 9:02 PM