LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
LAPORAN portal Harian Metro hari ini.
BERNAMA

Putrajaya: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali mengucapkan takziah kepada keluarga mantan KSN Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia di sebuah hospital awal pagi ini.

"Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah," kata Mohd Zuki melalui satu hantaran di laman rasmi Facebooknya.

Allahyarham Ahmad Sarji berkhidmat sebagai KSN dari 1990 hingga 1996.

Menurut Mohd Zuki, Allahyarham Ahmad Sarji adalah seorang tokoh pentadbir pentadbiran awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.

Berita berkaitan:

  • Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 10:12 AM